Saturday, December 17, 2011
Jatuh cinta...
Jatuh cinta memang boleh membuat seseorang "gila". Ia sanggup melupakan keluarga, meninggalkan agama dan Tuhan, membelakangkan waris-waris, malah sanggup mengorbankan maruah & mertabat diri sendiri demi membuktikan "kebesaran" cintanya kepada orang yang digila-gilakannya. Tetapi ingatlah....segala-gala didalam hidup tak akan berkekalan dan bukan menjadi milik kita selama-lamanya. Yang menjadi milik kita selama-lamanya ialah iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus. Janganlah gara-gara jatuh cinta, DIA KITA LUPAKAN DAN IMAN KITA KEPADANYA KITA KORBANKAN. Biarlah kita yang berkorban demi mempertahankan iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus; Bukan DIA yang kita korbankan dan gadaikan kerana mahu hidup bersama-sama dengan orang yang kita idam-idamkan. Pilihlah DIA kerana Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat kita. Sesungguhnya DIA adalah kekasih sejati. Amin.