Sunday, September 10, 2017

Kekayaan duniawi.

Kita semua inginkan kekayaan dan kesenangan didalam hidup. Itulah sebabnya kita berkerja keras dan berusaha bertungkus-lumus utk mencapai  impian dan cita-cita kita. Dah ada kereta, kita mahu yang lebih berjenama dan lebih mahal; rumah dah memadai tetapi kita mahukan rumah yg lebih besar dan mahal kerana ini status dan lambang kerberhasilan kita sebagai seorang yang Berjaya dan maju. Meskipun ianya tidak salah dan tidak dilarang untuk mencari kekayaan duniawi tetapi sedarkah kita bahawa gara-gara mahukan kekayaan duniawi  kita  boleh menjadi jauh daripada Tuhan Allah. Sebab itu kalau mencari kekayaan duniawi jangan lupa Tuhan Allah. Ini bererti didalam proses mencari kekayaan duniawi pakailah cara yang tidak bertentangan dengan pengajaran Tuhan. Jangan menggunakan teknik yang kotor dan jahat dan tidak bermoral untuk mencari kekayaan duniawi. Jestru itu, pakailah cara yang baik dan murni serta suci didalam hal mencari & mengumpul  kekayaan duniawi agar semua yang kita dapati dan miliki  diberkati  oleh Tuhan Allah. Dengan ini kita dapat hidup dengan aman, tenang dan bahagia. Kerana kekayaan kita bukanlah "sial dan haram".

Ingat-ingatlah, kekayaan yang kita dapat gunakanlah sebaik-baik yang mungkin supaya ianya membawa kebahagian kepada hidup kita dan juga membawa kegembiraan kepada orang lain yang kita bantu dengan kekayaan yang kita miliki. Pandai-pandailah menolong orang yang kekurangan dan memerlukan bantuan. Dan berilah  pertolongan dengan iklas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Jangan juga lupa menggunakankan kekayaan kita untuk memuliakan Tuhan dengan memberi  derma untuk pembinaan  rumah-rumah ibadat seperti Gereja, Kuil dan Masjid atau surau.

Kata orang," Tidak salah menjadi kaya. Yang salah ialah menjadi orang kaya dengan cara yang salah."