Tuesday, February 21, 2012

Mampu

Buat apa yang mampu dibuat
BUKAN
diluar kemampuan.

Tuesday, January 24, 2012

Love

Do not rush to say  "I Love You" if you are not sure.

Tuesday, December 20, 2011

Kelmarin...

Kelmarian adalah hari-hari yang dah lepas dan ianya tak akan kembali lagi. Sementara itu hari esok adalah  satu masa yang penuh dengan ketidak-pastian dan misteri. Kerana esok mungkin tidak mewarnai hidup kita. Jestru itu, hargilah saat ini dan hari ini. Apa yang mampu dan dapat kita lakukan hari ini, BUATLAH  dengan segenap jiwa kita. Pendek kata, buatlah yang terbaik pada hari ini. Jangan lepasakan peluang ini sebelum kita berangkat dan mangkat!

Saturday, December 17, 2011

Jatuh cinta...

Jatuh cinta memang boleh membuat seseorang "gila". Ia sanggup melupakan  keluarga, meninggalkan agama dan Tuhan, membelakangkan waris-waris, malah sanggup mengorbankan maruah & mertabat diri sendiri demi membuktikan "kebesaran" cintanya kepada orang yang digila-gilakannya. Tetapi ingatlah....segala-gala didalam hidup tak akan berkekalan dan bukan menjadi milik kita selama-lamanya. Yang menjadi milik kita selama-lamanya ialah iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus. Janganlah gara-gara jatuh cinta, DIA KITA LUPAKAN DAN IMAN KITA KEPADANYA KITA KORBANKAN. Biarlah kita yang berkorban demi mempertahankan iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus; Bukan DIA yang kita korbankan dan gadaikan  kerana mahu hidup bersama-sama dengan orang yang kita idam-idamkan. Pilihlah DIA kerana Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat kita. Sesungguhnya DIA  adalah  kekasih sejati. Amin.

Sunday, November 13, 2011

Kecil-kecil tapi bererti

Jangan menyangka perkara yang kecil  itu tidak berguna. Kerana biasanya perkara yang kecil itu membawa erti yang besar sekali. Seperti hal "senyum" kpd org lain. Perbuatan ini mungkin kecil tapi bererti bah! Kerana mampu menceriakan hidup org lain dan diri sendiri juga. Jadi biarlah kita buat perkara yang kecil-kecil tapi bererti dan berharga!

Thursday, September 15, 2011

Kalah

Kalah didalam sesuatu permainan atau pertandingan adalah perkara biasa. Tapi janganlah mudah menyerah kalah.  Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk menang supaya kalau kalah pun tak menyesal dan kalau menang memang padan menang kerana telah berjuang mati-matian. Hehehe......

Saturday, September 10, 2011

Tinggal

Tinggallah bagus-bagus semasa hidup didalam dunia
ini supaya apabila meninggalkan dunia ini,
tidak ketinggalan memasuki
Kerajaan Surga.