Kelmarian adalah hari-hari yang dah lepas dan ianya tak akan kembali lagi. Sementara itu hari esok adalah satu masa yang penuh dengan ketidak-pastian dan misteri. Kerana esok mungkin tidak mewarnai hidup kita. Jestru itu, hargilah saat ini dan hari ini. Apa yang mampu dan dapat kita lakukan hari ini, BUATLAH dengan segenap jiwa kita. Pendek kata, buatlah yang terbaik pada hari ini. Jangan lepasakan peluang ini sebelum kita berangkat dan mangkat!
Saturday, December 17, 2011
Jatuh cinta...
Jatuh cinta memang boleh membuat seseorang "gila". Ia sanggup melupakan keluarga, meninggalkan agama dan Tuhan, membelakangkan waris-waris, malah sanggup mengorbankan maruah & mertabat diri sendiri demi membuktikan "kebesaran" cintanya kepada orang yang digila-gilakannya. Tetapi ingatlah....segala-gala didalam hidup tak akan berkekalan dan bukan menjadi milik kita selama-lamanya. Yang menjadi milik kita selama-lamanya ialah iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus. Janganlah gara-gara jatuh cinta, DIA KITA LUPAKAN DAN IMAN KITA KEPADANYA KITA KORBANKAN. Biarlah kita yang berkorban demi mempertahankan iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus; Bukan DIA yang kita korbankan dan gadaikan kerana mahu hidup bersama-sama dengan orang yang kita idam-idamkan. Pilihlah DIA kerana Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat kita. Sesungguhnya DIA adalah kekasih sejati. Amin.
Sunday, November 13, 2011
Kecil-kecil tapi bererti
Jangan menyangka perkara yang kecil itu tidak berguna. Kerana biasanya perkara yang kecil itu membawa erti yang besar sekali. Seperti hal "senyum" kpd org lain. Perbuatan ini mungkin kecil tapi bererti bah! Kerana mampu menceriakan hidup org lain dan diri sendiri juga. Jadi biarlah kita buat perkara yang kecil-kecil tapi bererti dan berharga!
Thursday, September 15, 2011
Kalah
Kalah didalam sesuatu permainan atau pertandingan adalah perkara biasa. Tapi janganlah mudah menyerah kalah. Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk menang supaya kalau kalah pun tak menyesal dan kalau menang memang padan menang kerana telah berjuang mati-matian. Hehehe......
Saturday, September 10, 2011
Monday, July 4, 2011
Persoalannya...
Persoalannya bukan samada Tuhan berada dipihak kita atau tidak.
Tapi persoalan yang lebih penting ialah adakah kita sentiasa dipihak
Tuhan. Bah, janganlah kita tinggal-tinggalkan Tuhan..nanti meninggal
dunia, ketinggalan pula masuk RUMAHNYA. Hehehe...
Saturday, May 21, 2011
Lupa-lupa...
Biarlah ada kawan-kawan yang lupa-lupa
sudah sama kita,
yang penting kita tak lupa
mereka.
Wednesday, May 18, 2011
Wang & Tuhan
Segala-gala didalam hidup pakai wang tapi
wang bukanlah segala-gala didalam hidup ini.
Kerana yang yang lebih penting daripada wang.
Apa tuu?
TUHAN LAH BAH! (Hehehehe.....).
wang bukanlah segala-gala didalam hidup ini.
Kerana yang yang lebih penting daripada wang.
Apa tuu?
TUHAN LAH BAH! (Hehehehe.....).
Wednesday, February 16, 2011
Wang hanya...
Wang hanyalah sekeping kertas jika tidak digunakan. Jestru itu, gunakanlah wang dan pastikan penggunaannya adalah baik dan betul. Sesungguhnya, Keindahan wang bergantung kepada
keindahan hati pengunanya.
Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)