Monday, January 4, 2010

Yang dapat dibeli dengan WANG

Wang boleh membeli katil tetapi bukan kenyenyakan tidur.
Wang boleh membeli ubat tetapi bukan kesihatan badan.
Wang boleh membeli makanan tetapi bukan selera untuk makan.
Wang boleh membeli rumah tetapi bukan kebahagian rumahtangga.
Wang boleh membeli agama tetapi bukan keselamatan jiwa dan roh.
Wang boleh membeli kereta tetapi bukan perjalanan.

Jadi, wang bukan segala-galanya didalam hidup. Ada yang lebih penting
daripada wang. Tuhan yang Maha Esa yang mencipta kitalah yang terpenting
sekali didalam hidup kita. Jestru itu, ingat-ingatlah Tuhan.
Jangan kerana asyik mencari wang, Tuhan pun dilupa-lupakan. Ingatlah wang
tidak akan dibawa mati. Hanya iman yang sejati  kepada Tuhan yang dibawa mati.
Sebab itu, jangan lupa Tuhan dan berhati-hatilah didalam hal yang berkaitan dengan wang.

Ingatlah, Carilah wang dengan cara yang baik dan betul bukan dengan cara jahat. Dan
gunakanlah  wang untuk melakukan kebajikan dan kebaikan dan bukannya untuk
melakukan perbagai kejahatan dan kekejaman.

Wang memang penting tetapi janganlah  menjadi hamba wang tetapi jadilah hamba Tuhan setia dan terbaik. Amin.