Thursday, November 26, 2009

"Gawat dan Berat"



Kita selalunya inginkan  semua yang  indah didalam hidup ini. Tetapi hakikatnya, bukan semua didalam hidup ini indah. Adakalanya kita sedih dan menangis tapi ada masa juga kita gembira dan bahagia; Adakalanya kita menghadapi perbagai masalah, kesusahan, godaan dan cabaran tapi didalam masa yang sama kita juga mengalami kebahagian, kesenangan dan ketenangan hidup. Jadi, bersyukurlah kepada Tuhan didalam apa jua keadaan terutama sekali didalam masa-masa yang  "gawat dan berat" kerana masih ingat kepada Tuhan yang Maha Esa. Amin.