Friday, September 11, 2009

Cantik tapi Sombong!

Ada orang kerana gara-gara mempunyai wajah yang cantik atau handsome lalu berlagak betul! Kalau ada orang yang tidak cantik atau tidak handsome mau berkenalan atau menegur. Menjawap pun tidak; Ada yang menengking lagi tuu. "Hoi! Cermin muka dulu lah!" Bah, Jangan sombong bah! Ingatlah.... masanya akan tiba dimana kecantikan muka yang dibangga-banggakan itu akan menjadi kendur dan kerepot bin "kurudut."Jadi, baik-baik kepada semua orang tanpa mengira muka, warna kulit, status, kedudukan bangsa dan pegangan orang berkenaan. Pendek kata, binalah "kecantikan yang sejati" yang datang dari hati yang murni.