Friday, November 29, 2013

Kegagalan

Lebih baik mengalami kegagalan semasa mencuba daripada gagal mencuba. Orang yang maju dan berjaya didalam hidup kebanyakannya orang-orang yang berani mencuba dan terus mencuba meskipun mengalami beberapa kegagalan sebelum berjaya. Jadi, jangan takut mencuba dan jangan takut pada kegagalan.

Wednesday, November 27, 2013

Kemiskinan

Biasanya, kemiskinan didalam hidup bukan salah orang lain tetapi salah diri sendiri kerana kurang berusaha
 dan malas berjuang sepenuh hati untuk
 mengubah keadaan hidup sendiri.

Monday, November 25, 2013

Pelik tapi benar bah!

1.Jauh: Bila berjauhan mau rindu aje, tapi bila berdekatan macam main jauh-jauh pula. Pelik tapi benar bah!
2.Cari: Bila mencari suatu benda yang diperlukan susah mau dapat tapi bila tak perlu benda tuu senang-senang saja nampak- didepan mata aje. Pelik tapi benar bah!
3.Laju: Bila nak cepat-cepat, jalanraya macam "JAM" saja. Macam semuanya lambat dan banyak halangan, tapi bila tak mau cepat-cepat macam semuanya OK aje. Pelik tapi benar bah!
4.Air: Bila banyak air macam 20 liter air pun macam tak cukup untuk mandi. Tapi bila kurang air, macam 2 liter air pun cukup untuk mandi. Pelik tapi benar bah!
5.Wang: Bila ada wang macam tak tahu apa nak buat. Tapi bila tiada ada wang macam-macam mau buat kalau ada wang. Pelik tapi benar bah!
6.Cinta: Bila jatuh cinta hanya seorang yang menjadi idaman dan pujaan hati. Tapi bila dah kahwin macam banyak pula yang berkenan di hati. Pelik tapi benar bah!
7.Kereta: Dulu sebelum ada kereta sanggup jalan kaki pergi sembayang tapi bila dah ada kereta sendiri macam malas-malas pula nak pergi sembayang. Pelik tapi benar bah!
(Hehehehehe...............Pelik tapi benar bah!)

Our Calling

We are all called: 1.To Love; 2.To believe; 3.To Repent; 4.To Do good; 5.To Help; 6.To Share; 7.To Learn; 8. To Prevent; 9.To Inspire; 10.To Pray; 11.To Respect; 12.To Protect; 13.To Be Just; 14.To Educate; 15.To Volunteer; 16.To Grow, etc..... 

Wednesday, November 20, 2013

Stupid

Stupidity won't kill you, but it can make you sweat.
(Kebodohan tidak membunuhmu, tetap ia boleh membuat anda berpeluh.)

Failure

I have not failed.
I have just found
10,000 ways
that won't work.
(Thomas Edison)

Monday, November 18, 2013

Memohon

Kalau memohon bantuan daripada orang lain mintalah
dengan kata-kata yang sopan dan dengan
hati yang iklas dn jujur. BUKAN manis
dibibir tapi dihati motifnya jahat!

Saturday, November 16, 2013

Salah

Tidak salah mengaku salah. Tetapi adalah satu kesalahan besar jika kesalahan ditutup dan disembunyikan. Ini bererti Lebih baik mengaku salah  jika bersalah daripada berlagak benar dan menderita batin dan  fikiran  seumur hidup..

Friday, November 15, 2013

Berlagak

Ada orang berlagak pintar walaupun sebenarnya tidaklah begitu pintar. Inilah yang dinamakan pintar-pintar BODOH!  Sesungguhnya, lebih baik mengaku kurang pintar daripada bersifat kurang ajar!

Tuesday, November 12, 2013

Buktikan

Buktikan bahawa anda memang mempercayai dan mencintai Tuhan Allah dengan menyembahNya setiap hari dan melakukan yang baik-baik setiap hari berdasarkan kepada pengajaranNya.BUKTIKAN!

Saturday, November 9, 2013

Susah & senang

Bukan susah untuk menghilangan kesusahan
kalau ada usaha yang gigih.
Dan Bukan susah kehilangan kesenangan
 jika lalai dan tak berhati-hati.
Sebenarnya kesenangan hidup itu 
 susah hilang
jika kita bersusah-payah
untuk memeliharanya
 dan mempertahankannya.

Tuesday, November 5, 2013

Kecil-kecilan...

Usaha kecil-kecilan tidak apa, yang penting usaha mendatangkan hasil yang baik;
Buat kerja pelahan-lahan tidak apa. Yang penting kerjanya siap dan berkualiti serta bermutu;
Berniaga secara kecil-kecilan tidak apa, yang penting untung tetap ada!
Jalan dengan langkah kecil-kecil tak apa, yang penting sampai ke tempat yang dituju;
Pandu kereta pelahan-lahan tak apa, yang penting sampai ke rumah dengah selamat.
Pemberian atau derma yang kecil-kecil tak apa, yang penting kita memberi dengan iklas. Berkat dari Tuhan tetap ada.

Monday, November 4, 2013

Lebih baik...

Lebih baik dipandang rendah
daripada mempunyai
sifat yang rendah dan
moral hidup
yang rendah.

Saturday, November 2, 2013

Mati

Jangan takut mati kerana semua orang akan mati. Sebenarnya dah banyak orang mati sebelum kita. Jadi, tak perlulah risau kerana tidak sakit bah itu. Putus nafas saja! Yang penting semasa hidup didunia ini, hiduplah baik-baik dan jangan LUPA TUHAN ALLAH.

Friday, November 1, 2013

Sikit-sikit

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit; Jalan pelahan-lahan lama-lama sampai juga ke tempat yang dituju. Kunci kejayaan ialah fokus, kesabaran, kecekalan hati dan semanggat yang tinggi.