Monday, October 28, 2013

Job/Kerja

People forget HOW fast you did a job but
they remember how WELL you did it
(Howard Newton)

Orang lupa bagaimana cepat anda menyiapkan 
kerja tetapi orang ingat bagaimana baiknya
kerja yang anda lakukan.

Friday, October 25, 2013

Esok

Hari esok tidak pernah dijanjikan
kepada kita,
sebab  itu buatlah yang 
TERBAIK pada hari ini!
Kerana mungkin hari ini adalah hari
terakhir kita hidup
dipentas dunia ini.

Senang

Kalau mahu mencari kesenangan didalam hidup maka bersedialah untuk bersusah-susah dahulu sebelum mencapai kesenangan didalam hidup. Bukan senang untuk menjadi orang senang. Mesti berusaha dan berkerja dengan tabah dan rajin barulah SENANG.

Wednesday, October 23, 2013

Hai lelaki...Hai wanita...

Hai lelaki....
Janganlah kerana kamu lebih bertenaga dan kuat maka kamu menindas dan berlaku kasar kepada kaum wanita.Ingatlah, siapa yang melahirkan kamu ke dunia ini! WANITA KAN!? Ibumu...

Hai wanita....
Janganlah kerana kamu cantik dan menawanmaka kamu memperdaya dan menjatuhkan kaum lelaki.Ingatlah, siapa yang menyebabkan ibumu hamil!
LELAKI KAN!? Bapamu...

Jadi.....Wahai lelaki...dan wanita. Ingatlah kamu saling memerlukan. Jestru itu, jangan bergaduh tetapi bersatupadulah; Jangan berkasar kepada sesama tetapi bertolak-ansurlah; Jangan melayangkan tangan menampar tetapi jalingkanlah  sifat saling menyayangi sesama. 

Tuhan.....

Tuhan Allah
 adalah untuk semua umat manusia kerana DIA yang mencipta semua manusia. DIA yang menentukan siapa yang layak dihadapanNya dan BUKAN manusia yang menentukan kelayakan seseorang dihadapanNya.

Monday, October 21, 2013

Love

Love is more than
just words.
Love includes
REAL ACTION!

Sunday, October 20, 2013

Ingatlah....bila mati.

Ingatlah! Bila kita mati dan dikuburkan, kita tidak membawa apa-apa harta dan wang kedalam kuburan. Sebab itu,  gunakanlah harta dan wang bukan saja untuk kebaikan diri sendiri tetapi juga untuk kebaikan orang lain dengan memberi bantuan yang iklas kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.

Saturday, October 19, 2013

Kerja

Bila disuruh buat kerja,
baguslah buat itu kerja baik-baik
 supaya hasil kerja itu bermutu dan berkualiti,
bukan "berkutu dan berkudis."

Friday, October 18, 2013

Cikgu

Cikgu ajar menulis, cikgu ajar membaca, cikgu ajar mengira, cikgu ajar kita menjadi murid yang baik. Kadang-kadang cikgu "rotan" atau beri "ceramah yang keras" untuk memberi semangat supaya murid buat yang terbaik dan jangan nakal dan malas. Nah...sekarang  maju dan berhasil. Bah,  Jangan lupa cikgu atau guru-guru yang telah menabur jasa dan bakit kepadamu. 

Wednesday, October 16, 2013

Bah! Jaga-jagalah kalau "Aramai Tii" jangan talampau.
Sayangilah kehidupan anda,  BUKAN nafsu dan
selera makan dan minum.

Jangan takut...

Jangan takut
melakukan sesuatu yang mungkin
disisi undang-undang adalah salah tetapi
tidak adil. Undang-undang yang tidak adil,
tidak perlu diikuti dan dipertahankan.

Tuesday, October 15, 2013

Mukjizat

Orang yang beriman kepada Tuhan tak begitu memerlukan mukjizat tetapi setia tetap setia kepada Tuhan. Orang yang tak begitu percaya kepada Tuhan sentiasa mahukan mukjizat tetapi tidak juga begitu setia kepada Tuhan. Sebenarnya, hidup ini adalah mukjizat, jadi kita tak perlukan lebih daripada itu untuk beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa. Jestru itu berimanlah kepada Tuhan sampai selama-lamanya. Amin.

Monday, October 14, 2013

Maki

Jangan suka maki-maki orang
nanti sendiri kena maki hamun.
Jestru itu, sabar-sabarlah.
Cakap baik-baik supaya
teguran itu lebih berkesan.

Sunday, October 13, 2013

The best...

The best and most beautiful things
in the world cannot be seen,
 heard, or ever touched,
they must be felt with
the heart
(Helen Keller).

Thursday, October 10, 2013

Friend

Finding a faithful friend is a rare gift.
If you find one,
keeps it closely to your heart.

Hal membantu

Membantu orang susah memang baik. Jadi bantulah dengan iklas dan tanpa mengharapkan balasan. Walau bagaimanapun, jangan terlalu membantu sehingga orang berkenaan terlalu bergantung kepada mu dan tidak belajar membantu dirinya sendiri. Dalam kata yang lain, Beri ikan tetapi ajar juga orang itu bagaimana mencari dan memancing ikan sendiri.