Sunday, December 29, 2013

Yang paling berbahagia

Yang paling berbahagia bukanlah orang yang
 memperolehi lebih banyak tetapi orang yang
memberi lebih banyak.(H.Jacjson Brown,Jr).

Friday, December 20, 2013

Hidup

Hidup didalam dunia ini hanya sekali. Jadi, buatlah
banyak kebaikan dan kebajikan sebelum
meninggalkan dunia ini.

Wednesday, December 18, 2013

Betul

Lebih baik hampir betul
daripada betul-betul salah.

Saturday, December 14, 2013

Hidup sederhana

Mengamalkan cara kehidupan yang sederhana bererti memastikan keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal(rumah)  ada dan mencukupi. Hal-hal yang lain dianggap perkara kedua. 

Friday, December 13, 2013

Hutang

Berhutang itu senang tapi membayar balik hutang
 itu susah dan payah. Jadi, lebih baik jangan berhutang;
 Lebih baik miskin tapi tak berhutang!

Pride

Take pride in whatever you do but
 do not be boastful about what you do.
Because it may be irritating or offensive to others.
So, Learn to be humble. Don't brag!

Wednesday, December 11, 2013

Take care

Take care of God’s creation.
But above all, take care of
people in need.

Tuesday, December 10, 2013

Tegur

Tegur orang yang buat kesalahan dengan baik agar mudah
baginya untuk memperbaiki kesalahannya dan menjadi baik. Jangan menegur dengan kasar nanti
dia menjadi lebih kasar.

Monday, December 9, 2013

Kecil-kecil

Kalau orang tak jujur dan iklas didalam hal yang kecil-kecil, siapa yang percaya dengannya  didalam hal yang besar-besar? Kalau kerja kecil-kecil pun tidak dibuat dengan baik, siapa yang mahu mempercayakan anda denga kerja yang besar-besar?
Jadi, kecil atau besar tugas yang diberi, lakukanlah sebaik-baik yang mungkin. Buat yang Best of the bests!

Sunday, December 8, 2013

Wise


To be WISE IN EVIL
IS
not wISDOM
BUT
FOOLISHNESS.
(St.Bernard)

Friday, December 6, 2013

Kejayaan; Kegagalan

Kejayaan dan keuntungan tidak pernah berakhir
bagi yang rajin berusaha.
Kegagalan pula BUKANlah Penamat segala cita-cita.
Kegagalan boleh dijadikan ALASAN  untuk berusaha
lebih gigih sehinggalah mencapai
kejayaan didalam hidup.

Wednesday, December 4, 2013

Sincere love

Sincere love does not make any demands.
It freely love without expecting anything
in return.
The fool wonders, the wise man ask.
(Benjamin Disraeli)

-----0-----

Orang bodoh hairan, orang bijak bertanya.

No need to ask

Sometimes there is no need to ask whether a person loves you or not.Just observe how that person treat you. Because posing a  question in order to seek an affirmation may be invite unwanted reaction.  Remember  Action speaks louder!

Monday, December 2, 2013

Kegagalan

Kegagalan membuat kita melihat dimana silapnya langkah kita; Kegagalan itu adakalanya membawa  kebaikan didalam hidup kita. Jadi, kegagalan itu tak semestinya  buruk dan jahat.

Star

When it is dark enough, you can see the stars!
(Ralph Waldo Emerson)

Sunday, December 1, 2013

Surga

Tidak ada tempat yang lebih indah selain daripada Surga selepas meninggalkan dunia ini. Jestru itu, buatlah yang terbaik semasa masih hidup didunia ini agar perjalanan ke Surga tidak terhalang dan tidak tertutup. Bertobatlah sepenuh hati, rendahkanlah hati selalu, jauhilah apa juga jenis kejahatan dan dosa, sembahlah Tuhan Allah seiklas hati. Dan sentiasalah melakukan kebaikan kepada sesama insan.

Friday, November 29, 2013

Kegagalan

Lebih baik mengalami kegagalan semasa mencuba daripada gagal mencuba. Orang yang maju dan berjaya didalam hidup kebanyakannya orang-orang yang berani mencuba dan terus mencuba meskipun mengalami beberapa kegagalan sebelum berjaya. Jadi, jangan takut mencuba dan jangan takut pada kegagalan.

Wednesday, November 27, 2013

Kemiskinan

Biasanya, kemiskinan didalam hidup bukan salah orang lain tetapi salah diri sendiri kerana kurang berusaha
 dan malas berjuang sepenuh hati untuk
 mengubah keadaan hidup sendiri.

Monday, November 25, 2013

Pelik tapi benar bah!

1.Jauh: Bila berjauhan mau rindu aje, tapi bila berdekatan macam main jauh-jauh pula. Pelik tapi benar bah!
2.Cari: Bila mencari suatu benda yang diperlukan susah mau dapat tapi bila tak perlu benda tuu senang-senang saja nampak- didepan mata aje. Pelik tapi benar bah!
3.Laju: Bila nak cepat-cepat, jalanraya macam "JAM" saja. Macam semuanya lambat dan banyak halangan, tapi bila tak mau cepat-cepat macam semuanya OK aje. Pelik tapi benar bah!
4.Air: Bila banyak air macam 20 liter air pun macam tak cukup untuk mandi. Tapi bila kurang air, macam 2 liter air pun cukup untuk mandi. Pelik tapi benar bah!
5.Wang: Bila ada wang macam tak tahu apa nak buat. Tapi bila tiada ada wang macam-macam mau buat kalau ada wang. Pelik tapi benar bah!
6.Cinta: Bila jatuh cinta hanya seorang yang menjadi idaman dan pujaan hati. Tapi bila dah kahwin macam banyak pula yang berkenan di hati. Pelik tapi benar bah!
7.Kereta: Dulu sebelum ada kereta sanggup jalan kaki pergi sembayang tapi bila dah ada kereta sendiri macam malas-malas pula nak pergi sembayang. Pelik tapi benar bah!
(Hehehehehe...............Pelik tapi benar bah!)

Our Calling

We are all called: 1.To Love; 2.To believe; 3.To Repent; 4.To Do good; 5.To Help; 6.To Share; 7.To Learn; 8. To Prevent; 9.To Inspire; 10.To Pray; 11.To Respect; 12.To Protect; 13.To Be Just; 14.To Educate; 15.To Volunteer; 16.To Grow, etc..... 

Wednesday, November 20, 2013

Stupid

Stupidity won't kill you, but it can make you sweat.
(Kebodohan tidak membunuhmu, tetap ia boleh membuat anda berpeluh.)

Failure

I have not failed.
I have just found
10,000 ways
that won't work.
(Thomas Edison)

Monday, November 18, 2013

Memohon

Kalau memohon bantuan daripada orang lain mintalah
dengan kata-kata yang sopan dan dengan
hati yang iklas dn jujur. BUKAN manis
dibibir tapi dihati motifnya jahat!

Saturday, November 16, 2013

Salah

Tidak salah mengaku salah. Tetapi adalah satu kesalahan besar jika kesalahan ditutup dan disembunyikan. Ini bererti Lebih baik mengaku salah  jika bersalah daripada berlagak benar dan menderita batin dan  fikiran  seumur hidup..

Friday, November 15, 2013

Berlagak

Ada orang berlagak pintar walaupun sebenarnya tidaklah begitu pintar. Inilah yang dinamakan pintar-pintar BODOH!  Sesungguhnya, lebih baik mengaku kurang pintar daripada bersifat kurang ajar!

Tuesday, November 12, 2013

Buktikan

Buktikan bahawa anda memang mempercayai dan mencintai Tuhan Allah dengan menyembahNya setiap hari dan melakukan yang baik-baik setiap hari berdasarkan kepada pengajaranNya.BUKTIKAN!

Saturday, November 9, 2013

Susah & senang

Bukan susah untuk menghilangan kesusahan
kalau ada usaha yang gigih.
Dan Bukan susah kehilangan kesenangan
 jika lalai dan tak berhati-hati.
Sebenarnya kesenangan hidup itu 
 susah hilang
jika kita bersusah-payah
untuk memeliharanya
 dan mempertahankannya.

Tuesday, November 5, 2013

Kecil-kecilan...

Usaha kecil-kecilan tidak apa, yang penting usaha mendatangkan hasil yang baik;
Buat kerja pelahan-lahan tidak apa. Yang penting kerjanya siap dan berkualiti serta bermutu;
Berniaga secara kecil-kecilan tidak apa, yang penting untung tetap ada!
Jalan dengan langkah kecil-kecil tak apa, yang penting sampai ke tempat yang dituju;
Pandu kereta pelahan-lahan tak apa, yang penting sampai ke rumah dengah selamat.
Pemberian atau derma yang kecil-kecil tak apa, yang penting kita memberi dengan iklas. Berkat dari Tuhan tetap ada.

Monday, November 4, 2013

Lebih baik...

Lebih baik dipandang rendah
daripada mempunyai
sifat yang rendah dan
moral hidup
yang rendah.

Saturday, November 2, 2013

Mati

Jangan takut mati kerana semua orang akan mati. Sebenarnya dah banyak orang mati sebelum kita. Jadi, tak perlulah risau kerana tidak sakit bah itu. Putus nafas saja! Yang penting semasa hidup didunia ini, hiduplah baik-baik dan jangan LUPA TUHAN ALLAH.

Friday, November 1, 2013

Sikit-sikit

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit; Jalan pelahan-lahan lama-lama sampai juga ke tempat yang dituju. Kunci kejayaan ialah fokus, kesabaran, kecekalan hati dan semanggat yang tinggi.

Monday, October 28, 2013

Job/Kerja

People forget HOW fast you did a job but
they remember how WELL you did it
(Howard Newton)

Orang lupa bagaimana cepat anda menyiapkan 
kerja tetapi orang ingat bagaimana baiknya
kerja yang anda lakukan.

Friday, October 25, 2013

Esok

Hari esok tidak pernah dijanjikan
kepada kita,
sebab  itu buatlah yang 
TERBAIK pada hari ini!
Kerana mungkin hari ini adalah hari
terakhir kita hidup
dipentas dunia ini.

Senang

Kalau mahu mencari kesenangan didalam hidup maka bersedialah untuk bersusah-susah dahulu sebelum mencapai kesenangan didalam hidup. Bukan senang untuk menjadi orang senang. Mesti berusaha dan berkerja dengan tabah dan rajin barulah SENANG.

Wednesday, October 23, 2013

Hai lelaki...Hai wanita...

Hai lelaki....
Janganlah kerana kamu lebih bertenaga dan kuat maka kamu menindas dan berlaku kasar kepada kaum wanita.Ingatlah, siapa yang melahirkan kamu ke dunia ini! WANITA KAN!? Ibumu...

Hai wanita....
Janganlah kerana kamu cantik dan menawanmaka kamu memperdaya dan menjatuhkan kaum lelaki.Ingatlah, siapa yang menyebabkan ibumu hamil!
LELAKI KAN!? Bapamu...

Jadi.....Wahai lelaki...dan wanita. Ingatlah kamu saling memerlukan. Jestru itu, jangan bergaduh tetapi bersatupadulah; Jangan berkasar kepada sesama tetapi bertolak-ansurlah; Jangan melayangkan tangan menampar tetapi jalingkanlah  sifat saling menyayangi sesama. 

Tuhan.....

Tuhan Allah
 adalah untuk semua umat manusia kerana DIA yang mencipta semua manusia. DIA yang menentukan siapa yang layak dihadapanNya dan BUKAN manusia yang menentukan kelayakan seseorang dihadapanNya.

Monday, October 21, 2013

Love

Love is more than
just words.
Love includes
REAL ACTION!

Sunday, October 20, 2013

Ingatlah....bila mati.

Ingatlah! Bila kita mati dan dikuburkan, kita tidak membawa apa-apa harta dan wang kedalam kuburan. Sebab itu,  gunakanlah harta dan wang bukan saja untuk kebaikan diri sendiri tetapi juga untuk kebaikan orang lain dengan memberi bantuan yang iklas kepada orang-orang yang memerlukan bantuan.

Saturday, October 19, 2013

Kerja

Bila disuruh buat kerja,
baguslah buat itu kerja baik-baik
 supaya hasil kerja itu bermutu dan berkualiti,
bukan "berkutu dan berkudis."

Friday, October 18, 2013

Cikgu

Cikgu ajar menulis, cikgu ajar membaca, cikgu ajar mengira, cikgu ajar kita menjadi murid yang baik. Kadang-kadang cikgu "rotan" atau beri "ceramah yang keras" untuk memberi semangat supaya murid buat yang terbaik dan jangan nakal dan malas. Nah...sekarang  maju dan berhasil. Bah,  Jangan lupa cikgu atau guru-guru yang telah menabur jasa dan bakit kepadamu. 

Wednesday, October 16, 2013

Bah! Jaga-jagalah kalau "Aramai Tii" jangan talampau.
Sayangilah kehidupan anda,  BUKAN nafsu dan
selera makan dan minum.

Jangan takut...

Jangan takut
melakukan sesuatu yang mungkin
disisi undang-undang adalah salah tetapi
tidak adil. Undang-undang yang tidak adil,
tidak perlu diikuti dan dipertahankan.

Tuesday, October 15, 2013

Mukjizat

Orang yang beriman kepada Tuhan tak begitu memerlukan mukjizat tetapi setia tetap setia kepada Tuhan. Orang yang tak begitu percaya kepada Tuhan sentiasa mahukan mukjizat tetapi tidak juga begitu setia kepada Tuhan. Sebenarnya, hidup ini adalah mukjizat, jadi kita tak perlukan lebih daripada itu untuk beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa. Jestru itu berimanlah kepada Tuhan sampai selama-lamanya. Amin.

Monday, October 14, 2013

Maki

Jangan suka maki-maki orang
nanti sendiri kena maki hamun.
Jestru itu, sabar-sabarlah.
Cakap baik-baik supaya
teguran itu lebih berkesan.

Sunday, October 13, 2013

The best...

The best and most beautiful things
in the world cannot be seen,
 heard, or ever touched,
they must be felt with
the heart
(Helen Keller).

Thursday, October 10, 2013

Friend

Finding a faithful friend is a rare gift.
If you find one,
keeps it closely to your heart.

Hal membantu

Membantu orang susah memang baik. Jadi bantulah dengan iklas dan tanpa mengharapkan balasan. Walau bagaimanapun, jangan terlalu membantu sehingga orang berkenaan terlalu bergantung kepada mu dan tidak belajar membantu dirinya sendiri. Dalam kata yang lain, Beri ikan tetapi ajar juga orang itu bagaimana mencari dan memancing ikan sendiri.

Sunday, September 29, 2013

Bukan salah...

Bukan salah mencari kekayaan duniawi; Bukan salah menjadi orang kaya, tapi pastikan anda mencarinya dengan cara yang baik dan mulia supaya apa yang anda  perolehi diberkat dan diredai oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Wednesday, September 25, 2013

Mana lagi....

Mana lagi......akan kita cari ibubapa, kalau mereka dah pergi.....
Sebab itu selagi mereka hidup, jagalah hati mereka. Jangan sakiti
hati mereka. 

Monday, September 16, 2013

Saat kebodohan

Setiap manusia ada saatnya menunjukkan kebodohannya sendiri tanpa disedarinya.  Dan merasa malu diatas kebodohan sendiri  adalah satu kesedaran yang baik tetapi kalau tak merasa malu maka inilah yang satu kebodohan yang memalukan!

Wednesday, August 21, 2013

Berbahagialah...

BERBAHAGIALAH Kalau anda  mempunyai makanan, air, dan pakaian  yang mencukupi  serta  ada tempat tinggal sendiri dan pendapatan yang mencukupi. Kerana anda tidak menyusahkan sesiapa pun! Bergembiralah kerana anda berdiri di atas kaki sendiri dan bukan  menumpang diatas kaki orang lain atau tidak  pula meinjak-injak kaki orang lain! (Hehehe....) Berbahagialah dan bergembiralah!

Tuesday, August 20, 2013

Rokok

Kalau  anda merokok, lebih baik berhenti supaya
 tidak merosot
 ekonomi dan  kesihatan badan!

Monday, August 19, 2013

Tidak ada masa?

Bila sihat dan senang, tidak ada masa untuk berdoa.
Tapi  bila didalam kesusahan ada pula masa nak berdoa!
 Bah, rajin-rajinlah berdoa supaya tak lupa Tuhan.

Berbuat baik

Apabila  anda telah berbuat baik, Janganlah terlalu mengharapkan balasan kerana orang sentiasa ada saja alasan untuk  melupakannya. Sebenarnya, lebih baik tidak mengharapkan apa-apa balasan supaya apa yang anda berikan adalah  murni dan iklas.

Thursday, July 11, 2013

Diam-diam tapi....

Buat apa berdebat dengan orang siapa yang lebih hebat dan siapa yang lebih berjaya? Lebih baik bersifat diam-diam ubi tapi berisi!

Love

Love unites but it also divides.
However,
true love will stay forever !

Monday, July 1, 2013

Try a Simple life

Adopt a simple life. Just Make sure you have the basic needs:
Water, foods, clothes, simple house and a little land!

Tuesday, June 25, 2013

Golden rules

1.Do to others whatever you would
 have them do to you;

2.Do not do to others what you would
not want them to do to you.

Monday, June 24, 2013

Demand nothing

Make no demand from others and
no one will demand anything from you!

Sunday, June 23, 2013

Cinta...

Cinta tak seharusnya memiliki sesama.
 Adakalanya cinta itu terpisah dan  menyakiti
 kerana  tak dapat dipersatukan.

Tuesday, June 18, 2013

Jasa sejati

Jasa yang baik adakalanya tidak dikenang orang.
Tak perlulah berkecil hati. Kerana yang
penting ialah anda telah berbakti
kepada orang berkenaan.

Monday, May 20, 2013

Be a nice guy

Sometimes it pays off to be a nice guy.
 So try random
 kindness to
anyone even to a stranger.

Friday, May 17, 2013

Jangan salahkan...

Bila mengalami suatu kegagalan,  
janganlah salahkan orang lain
kerana mungkin punca
 kegagalan adalah
 diri anda sendiri.

Wednesday, May 15, 2013

It is ridiculous to hate anyone because
 he or she follows another religion.
 It is worse if you try to belittle
another's religion. It is still
worse, if you kill someone
 in the name of religion or
 in the name of God.
(Mr Julio Ribeiro).

Sunday, May 5, 2013

Tipu...

Hati-hati supaya tidak menjadi
 mangsa penipu. Seandainya anda ditipu,
jangan pula menjadi penipu.

Saturday, May 4, 2013

Best

Doing your best
 is more important
than
being the
best!

Friday, May 3, 2013

Memilih

Sentiasalah memilih yang  berkualiti dan bermutu.  dan
sentiasalah membuat apa yang
 mulia, murni,
dan yang terbaik.

Thursday, May 2, 2013

Love hurts when the person you loves does not love you.
 However, it is more hurting to know that the person
 you love is actually just pretending to love you.

Wednesday, May 1, 2013

Kata-kata hikmat

Orang selalunya tidak munasabah, tidak logik dan mementingkan diri; ampunilah sahaja.Jika kita baik hati, orang mungkin menuduh kita memiliki motif tertentu, teruskan berbuat baik.Jika kita berjaya, kita akan mendapat beberapa kawan palsu dan beberapa musuh sebenar; teruskan kejayaan kita.Jika kita jujur dan ikhlas, orang mungkin akan menipu kita; teruskan bersikap jujur dan ikhlas.Apa yang kita bina selama bertahun-tahun boleh dimusnahkan oleh seseorang dalam sekelip mata; teruskan membina.Jika kita menemui ketenangan dan kebahagiaan, mereka mungkin cemburu; teruskanlah berbahagia.Kebaikan yang kita lakukan hari ini mungkin akan dilupai esok; teruskan berbuat baik.Berikanlah kepada dunia yang terbaik dan usaha kita mungkin tidak pernah memadai; teruskanlah memberi yang terbaik kepada dunia.Dalam analisis terakhir, ia adalah antara kita dan Tuhan; ia sebenarnya bukan di antara kita dan mereka.(Mother Theresa of Kalkuta,India).

Monday, April 29, 2013

Jangan mulakan...

Kalau mahu menghalang diri daripada melakukan kejahatan, senjata yang  baik ialah jangan mulakan langkah yang pertama untuk melakukan kejahatan. Dan senjata yang terbaik ialah BERDOA.Mohonlah bantuan TUHAN.

Sunday, April 28, 2013

Imperfect...

Life is full of imperfect things and imperfect people.
Learn to love, to forgive and be considerate
and be  kind to others and to your
own self too...

Wednesday, April 24, 2013

Tendang

Jangan tendang sesuka hati,
 nanti lama-lama  sendiri
kena tendang.

Saturday, April 20, 2013

Bersatu

Lebih baik tidak sempurna tetapi bersatu
daripada sempurna tetapi tidak bersatu.

Monday, April 15, 2013

Yang penting..

Yang penting kita CUKUP MAKAN.
Dan yang terpenting sekali ialah
 JANGAN SEKALI-KALI LUPA  pada
 TUHAN ALLAH. AMIN...

Wednesday, April 10, 2013

Hidup ini...

Kehidupan ini sebenarnya tidak susah kalau kita tumpuhkan perhatian kepada Tuhan dan pada keperluan asas yang kita perlukan iaitu air, makanan, pakaian dan rumah. Pilihlah cara kehidupan yang sederhana dan bebas daripada hutang.

Simple life

Life is much  simpler and relax  if we just stick,to our most important needs of God and to our basic needs namely  Water, Foods, Clothes and House. Live a simple life. Do not make it complicated, busy and messy.

Tuesday, April 9, 2013

Sudi; Harap

Jangan mengharap kepada yang tak sudi;
Kalau sudi pun, jangan terlalu mengharap!

Monday, April 8, 2013

Mati miskin...

Kalau mati miskin, tak apa asalkan tak berhutang!
Buat apa mati sebagai orang kaya tapi  banyak hutang!
Lebih baik miskin tapi senang hati...

Sunday, April 7, 2013

Love speaks..

Love speaks louder with sincere and honest actions.

Buat apa...

Buat apa susah-susah mengumpul bermacam-macam jenis harta-benda kerana semuanya tidak akan dibawa mati. Tumpuhkan perhatian kepada perkara-perkara  yang asas diperlukan dan penting didalam hidup seperti Makanan, Air, Pakaian, Rumah, Keluarga, Kesihatan badan dan Kesederhanaan hidup.

Tuesday, March 26, 2013

Mau kaya...

Kalau mau menjadi orang kaya, kita mestilah kaya dengan usaha dan kaya dengan ketabahan dan kaya dengan kerajinan untuk berkerja.Barulah ada harapan ...

Tuesday, March 12, 2013

Cuba bah...

Cuba dulu. Jangan belum cuba dah cakap,' susah bah tu; Tidak pandai...'
Ingatlah, Sesuatu yang baru,  baik dipelajari.
Jangan mengalah sebelum mencuba. 

Friday, March 8, 2013

kALAU...

KALAU DAH BERJANJI, JANGAN MUNGKIRI JANJI ITU;
kALAU DAH DIBERI, JANGAN SIA-SIAKAN PEMBERIAN ITU;
kALAU DAH DIAMANAHKAN SESUATU KERJA, JANGAN PONTENG;
KALAU DAH BERHUTANG; JANGAN LUPA MEMBAYAR KEMBALI;
KALAU DAH BERKAHWIN; JANGANLAH BERCERAI;
KALAU DAH BERJAYA; JANGAN LUPA DARATAN;
KALAU DAH BERTOBAT; JANGANLAH KEMBALI KEPADA JALAN YANG DULU.

Monday, February 25, 2013

Simple Life

Make your LIFE SIMPLE.
Do not make it complicated!
Make it simple so that you
will be more relax and happy.