Monday, December 10, 2012

Bergaya..

Janganlah hidup bergaya kalau belum lagi kaya.
Dah kaya barulah hidup bergaya. Ingatlah,  
Tak baik bah kalau terlalu bergaya
sedangkan masih terkapai-kapai
 mencari makan!

Wednesday, December 5, 2012

Beriman

Hidup atau mati adalah hak Tuhan untuk menentukannya tetapi kita perlu tentukan cara hidup kita semasa didalam dunia ini supaya kita akan mendapat  kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia apabila kita meninggalkan dunia ini. Pilihlah cara hidup orang beriman yang jujur dan setia.

Tuesday, November 27, 2012

Suka

Kalau orang tak suka dengan mu  tak apa.
Yang penting anda tidak melukakan hatinya.

Monday, November 19, 2012

Berkali-kali

Didalam hidup ini kita berkali-kali ada peluang untuk
 melakukan sesuatu yang indah dan bermakna sebab
 itu jangan sekali-kali mengabaikan
peluang berkenaan.

Monday, November 12, 2012

Orang bodoh!

Adalah menjadi sifat semulajadi mana-mana manusia melakukan kesilapan,
tetapi hanya orang yang bodoh yang berkali-kali membuat
kesalahan yang sama.
(Cicero) 

Friday, November 9, 2012

Gaji

Kalau dapat gaji, kajilah apa yang perlu dibeli. Jangan ingat 'enjoy-enjoy' saja.
Pakailah gaji baik-baik, jangan boros berbelanja nanti cepat pokai atau habis duit.
JANGAN LUPA membuat simpanan wang dibank demi masa depan yang cerah dan bahagia.


Monday, November 5, 2012

Mengadili

Kalau kita terlalu mengadili orang lain,
kita tidak  akan ada masa untuk
 mencintai mereka. Sebab itu,
 belajarlah mencintai dulu
 sebelum mengadili orang lain.
If you judge people, you have no time to love them.
(Mother Theresa of Koktal,India).

Sunday, November 4, 2012

Dulu dan sekarang

Dulu dan sekarang memang berlainan dan berbeza.
Dulu kuih  harga sepuluh sen pun....kenyang makan.
Sekarang nii kuih seringgit satu pun tak kenyang makan.

Dulu kebanyakan orang berjalan kaki pergi sekolah..dan kena puji.
Sekarang.....kena olok-olok kalau berjalan kaki ke sekolah dan silap-silap kena culik!

Dulu rendah pelajaran pun senang cari kerja.....
Sekarang sekolah tinggi-tinggi pun susah dapat kerja.
Dulu tuuu...macam kerja yang cari orang;
Sekarang nii...orang yang cari kerja.

Dulu-dulu memang seronok dan macam semunya simple aje...
Sekarang nii....kehidupan macam rumit dan bikin pening kepala bah!
Walau bagaiman pun......kehidupan harus diteruskan tanpa mengira
keadaan dan masanya. Kerana kehidupan.....mempunyai keseronokan dan keajaibannya
tersendiri tanpa mengira masa dan keadaan. Kerana hidup tetap indah meskipun tanpa apa-apa.
Yang penting taat dan setia kepada Tuhan Allah.

Wednesday, October 31, 2012

Buat yang...

Bila kita ingin melakukan sesuatu, secara am kita boleh melakukan perkara berkenaan dengan: 1.Sepenuh hati dan sebaik yang mungkin:  Kualiti dan mutu kerja yang tinggil sekali; Terbaik.  2.Separuh hati: Yang penting siap & Ok lah-Mutu dan Kualiti sedang-sedang aje.Kerja baik jugalah...; 3. Tiada hati: Siap tapi buruk dan tidak bermutu dan tidak berkualiti. Kerja buruk.
Yang mana satu pilihan kita bila melakukan  sesuatu terserahlah kepada diri sendiri. Tapi ingatlah, kalau kita sentiasa melakukan yang terbaik, maka yang terbaik juga akan kembali kepada diri kita sendiri. Sebab itu, sentiasalah melakukan yang terbaik.

Wednesday, October 24, 2012

Masa

Masa itu emas! Ini menekankan betapa pentingnya menggunakan
masa dengan baik. Jangan sia-siakan masa yang ada. Sebab itu,
 jangan buang masa. Gunakan masa sebaik yang mungkin.
Walau bagaimana pun emas itu bukan masa, tau!

The three grand essentials of happiness are:
Something to do,
Someone to love, and
Something to hope for .
(By:Alexander Chalmers)

Tuesday, October 23, 2012

Pentingnya membaca


“Saya pilih menjadi orang miskin yang tinggal di pondok penuh buku daripada menjadi raja yang tak punya hasrat untuk membaca.”
Thomas Babington Macaulay (1800-1859), sejarawan Inggris.
Semoga kata si Thomas ini membangkitkan minat dan semangat kita untuk membaca buku-buku yang berguna dan berfaedah.

Monday, October 15, 2012

Be nice to people on your way up because
you meet them on your way down.
(Jimmy Durante)

Friday, September 14, 2012

Pemberian...

Pemberian yang kecil  dan iklas adalah lebih bererti daripada
pemberian yang besar tetapi tanpa keiklasan didalam hati.

Thursday, August 23, 2012

Hidup ini..

Kita tidak dapat menjawap setiap persoalan didalam hidup.
Jadi, Kita harus belajar menerima kenyataan didalam hidup bahawa ada soalan yang tidak ada jawapannya. Soalan yang tidak ada jawapan, kita biarkan saja. Yang penting kita teruskan perjalanan hidup seperti biasa tanpa banyak pertanyaan.

Monday, July 16, 2012

Cinta sejati

Cinta sejati ialah tetap mencintai dengan setia kekasihnya
meskipun ia sudah berubah;
Cinta sejati tidak bermusim.
Ia sepanjang musim.

Kumpulan atau agama

Kalau anda belajar memandang rendah dan memburuk-burukkan org lain daripada kumpulan atau  agama yang anda ikuti,  itulah tanda bahawa kumpulan atau agama itu,  BUKAN  saja tidak baik untuk anda tetapi ia juga tidak baik untuk orang lain.

Tuesday, February 21, 2012

Mampu

Buat apa yang mampu dibuat
BUKAN
diluar kemampuan.

Tuesday, January 24, 2012

Love

Do not rush to say  "I Love You" if you are not sure.