Sunday, September 10, 2017

Kekayaan duniawi.

Kita semua inginkan kekayaan dan kesenangan didalam hidup. Itulah sebabnya kita berkerja keras dan berusaha bertungkus-lumus utk mencapai  impian dan cita-cita kita. Dah ada kereta, kita mahu yang lebih berjenama dan lebih mahal; rumah dah memadai tetapi kita mahukan rumah yg lebih besar dan mahal kerana ini status dan lambang kerberhasilan kita sebagai seorang yang Berjaya dan maju. Meskipun ianya tidak salah dan tidak dilarang untuk mencari kekayaan duniawi tetapi sedarkah kita bahawa gara-gara mahukan kekayaan duniawi  kita  boleh menjadi jauh daripada Tuhan Allah. Sebab itu kalau mencari kekayaan duniawi jangan lupa Tuhan Allah. Ini bererti didalam proses mencari kekayaan duniawi pakailah cara yang tidak bertentangan dengan pengajaran Tuhan. Jangan menggunakan teknik yang kotor dan jahat dan tidak bermoral untuk mencari kekayaan duniawi. Jestru itu, pakailah cara yang baik dan murni serta suci didalam hal mencari & mengumpul  kekayaan duniawi agar semua yang kita dapati dan miliki  diberkati  oleh Tuhan Allah. Dengan ini kita dapat hidup dengan aman, tenang dan bahagia. Kerana kekayaan kita bukanlah "sial dan haram".

Ingat-ingatlah, kekayaan yang kita dapat gunakanlah sebaik-baik yang mungkin supaya ianya membawa kebahagian kepada hidup kita dan juga membawa kegembiraan kepada orang lain yang kita bantu dengan kekayaan yang kita miliki. Pandai-pandailah menolong orang yang kekurangan dan memerlukan bantuan. Dan berilah  pertolongan dengan iklas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Jangan juga lupa menggunakankan kekayaan kita untuk memuliakan Tuhan dengan memberi  derma untuk pembinaan  rumah-rumah ibadat seperti Gereja, Kuil dan Masjid atau surau.

Kata orang," Tidak salah menjadi kaya. Yang salah ialah menjadi orang kaya dengan cara yang salah."

Sunday, November 13, 2016

Jangan malu

Jangan malu bertanya kalau tersesat. Bertanyalah. Rendahkan diri. Buang itu ego dan Mintalah  petujuk dari org lain. Jangan malu-malu bertanya nanti akan terus menerus tersesat.

Wednesday, November 4, 2015


Kegagalan adalah sebahagian drp proses utk mencapai kejayaan. Jestru itu, jgn takut pd kegagalan kerana ianya  mengajar kita utk mencuba cara yg baru utk mencapai kejayaan.

Jgn takut...

Jgn takut berjalan sendiri untuk mengejar cita-cita mu.
Teruskan perjalanan meskipun seorg diri.

Monday, October 26, 2015

Kecil atau besar pemberian kita tak menjadi
ukuran. Yang penting keiklasan kita memberi
tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Friday, May 15, 2015

Hidup tanpa...

Hidup tanpa hutang adalah
lebih baik daripada hidup
bergaya tetapi banyak hutang.

Sunday, November 30, 2014

Jangan takut

Jangan takut bercakap benar.
Jangan takut berterus-terang.
Jangan takut  melakukan yang benar.
Kerana kebenaran itu membawa kedamaian
 didalam hati yang benar.

Wednesday, October 1, 2014

Jangan terlalu....

Jangan terlalu mengharap, nanti menjadi kecewa!
Lebih baik tak terlalu mengharap supaya mendapat kejutan !
Ingatlah  bahawa orang yang tidak kenal putus asa sentiasa ada harapan untuk Berjaya. Yang penting teruskan perjuangan.......samapai Berjaya!

Saturday, August 30, 2014

Ambil

Ambil apa yang anda perlukan tetapi  
pastikan apa yang anda ambil diperlukan.
(Orang Asli Austarlia)

Monday, August 18, 2014

Cinta itu buta?

Ada orang berkata bahawa : "Cinta itu buta!" Tapi  bagi yang jatuh cinta, CINTA ITU   membuka matanya melihat yang lebih istimewa dan menarik hati.

Saturday, August 16, 2014

Facts & Theory

"If the facts don't fit the theory, change the facts"
(Albert Einstein)

Monday, August 11, 2014

Maruah

Maruah diri harus dipelihara dan sentiasa
dipertahankan. Kerana kehilangan maruah
maka hilanglah segala harga diri.

Friday, July 18, 2014

Aneh tapi betul bah!

Bila kekurangan  Manusia tidak pernah merasa puas. Tapi,
bila  berkelimpahan, kepuasan pula!
Aneh tapi betul bah!
 
Bila berjauhan, rindu separuh mati. Tapi,
bila berdekatan, main jauh-jauh pula!
Memang....aneh tapi betul bah!
 
Bila baru bercinta asyik bersayang-sayang. Tapi bila dah kahwin asyik main gayang (tampar, tumbuk, tending) pula!
Betul-betul aneh tapi betul bah!
 
Bila membeli loteri, nombor dan  berjudi tak berkira.
Tapi, kalau memberi derma terlalu berkira pula!
Celaka betul ! Aneh tapi betul bah!
 
 
 
 
 

Sunday, July 13, 2014

Kejujuran

Kalau  kejujuran mu sering  diragui  ini bukanlah alasan untuk  menjadi orang yang tidak jujur. Jadi, Sentiasalah bersifat jujur didalam segala hal meskipun ada orang yang meragui kejujuran mu.

Thursday, July 3, 2014

Tidak ada yang berkekalan didalam hidup ini.
Semua yang kita miliki akan kita tinggalkan apabila kita meninggalkan dunia ini.
(PJ Erik)

Thursday, June 5, 2014

Pangkat

Jangan gilakan "pangkat" kerana bila kita mangkat@mati pangkat itu tidak ada  gunanya. Lebih baik mati tanpa pangkat duniawi tapi diangkat ke Surga.

Sunday, April 27, 2014

Beri...

Beri kepada orang yang memerlukan. Jangan sembarangan memberi nanti sia-sia itu pemberiaan. Apa pun, ingatlah bahawa  Memberi itu lebih penting daripada mempersoalan bagaimana pemberian itu digunakan oleh si penerima.

People never....

"People never learn  anything by being TOLD, they have to find out for themselves."
(Paulo Coelho).
Indeed, people learn "BEST by DOING."

Wednesday, March 5, 2014

Hadapilah...

Hadapilah kehidupan setiap hari dengan penuh kesabaran dan
kesyukuran kepada TUHAN Yang Maha Esa.

Thursday, February 13, 2014

Tak perlu ditangisi....

Kekasih yang telah lari tak perlulah ditangisi. Ingatlah bahawa kehilangannya membuka lembaran yang baru. Kini anda berpeluang untuk mencari yang BARU! Lihat apa yang positif dan jangan pelihara yang negatif.