Tuesday, December 20, 2011

Kelmarin...

Kelmarian adalah hari-hari yang dah lepas dan ianya tak akan kembali lagi. Sementara itu hari esok adalah  satu masa yang penuh dengan ketidak-pastian dan misteri. Kerana esok mungkin tidak mewarnai hidup kita. Jestru itu, hargilah saat ini dan hari ini. Apa yang mampu dan dapat kita lakukan hari ini, BUATLAH  dengan segenap jiwa kita. Pendek kata, buatlah yang terbaik pada hari ini. Jangan lepasakan peluang ini sebelum kita berangkat dan mangkat!

Saturday, December 17, 2011

Jatuh cinta...

Jatuh cinta memang boleh membuat seseorang "gila". Ia sanggup melupakan  keluarga, meninggalkan agama dan Tuhan, membelakangkan waris-waris, malah sanggup mengorbankan maruah & mertabat diri sendiri demi membuktikan "kebesaran" cintanya kepada orang yang digila-gilakannya. Tetapi ingatlah....segala-gala didalam hidup tak akan berkekalan dan bukan menjadi milik kita selama-lamanya. Yang menjadi milik kita selama-lamanya ialah iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus. Janganlah gara-gara jatuh cinta, DIA KITA LUPAKAN DAN IMAN KITA KEPADANYA KITA KORBANKAN. Biarlah kita yang berkorban demi mempertahankan iman kita kepada Tuhan Yesus Kristus; Bukan DIA yang kita korbankan dan gadaikan  kerana mahu hidup bersama-sama dengan orang yang kita idam-idamkan. Pilihlah DIA kerana Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat kita. Sesungguhnya DIA  adalah  kekasih sejati. Amin.